Kekerabatan bahasa Jawa dengan bahasa Melayu



1.0 Pengenalan
Peribahasa Melayu ada berkata, “bahasa menunjukkan bangsa”. Maksudnya, daripada bahasa orang dapat mengenal kita. Makna ini sangat luas. “Bahasa” dalam peribahasa ini tidak hanya bererti bahasa sebagai sistem linguistik yang terdiri daripada lambang-lambang bunyi (fonetik atau fonem) yang disusun dalam bentuk perkataan dan seterusnya dalam bentuk kalimat atau ayat. “Bahasa” merujuk lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa sebagai sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Ahli antropologi budaya dan antropologi sosial lebih tertarik untuk mengkaji bahasa dari segi itu daripada mengkaji bahasa dari segi sistem atau struktur linguistiknya semata-mata. Melalui peribahasa ini, kita dapat mempelajari dua aspek penting tentang hubungan antara bahasa dengan orang atau bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa asalnya.
Berdasarkan kajian terhadap etnik Jawa memang terdapat kekerabatan bahasa Jawa dengan bahasa Melayu. Terlebih dahulu sebelum kita mengkaji dengan lebih lanjut lanjut lagi cuba kita faham apa itu kekerabatan.Kekerabatan atau kekeluargaan merupakan hubungan antara manusia yang memiliki asal usul salasilah yang sama, baik melalui keturunan biologis sosial mahupun budaya.
2.0 Bahasa Jawa
Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:
  • Pengaruh melalui penyebaran cerita panji
  • Pengaruh melalui interaksi sosial.
Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja.
Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di   negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor dan negeri Johor.
Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kata-kata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orang-orang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar.
Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:
Perkataan
Maksudnya
Andong
Kereta kuda(sewaan)
Batok
tempurung
berangasan
mudah naik marah
wedana
ketua daerah
adipati
raja

Di Johor, pengaruh bahasa dan budaya Jawa telah meresap dalam kehidupan masyarakat  Melayu.Beberapa penelitian yang dijalankan beberapa perkataan Jawa digunakan seperti air jarang yang bermaksud air putih masak telah diguna oleh orang melayu.Begitu juga denagn perkataan jajan yang sudah meluas pemakaiannya yang membawa maksud pemberian wang kepada kanak-kanak kecil.
Perkataan lain yang lumrah digunakan yang berkaitan dengan kenduri-kendara.Perkataan kendarat sudah difahami oleh masyarakat setempat dan penggunaan kata rewang sudah seperti suatu kemestian digunakan untuk kerja-kerja kahwin. Begitu juga dengan perkataan berkatan dan bontrot juga adakalanya digunakan oleh golongan masyarakat orang melayu.
Dari segi nama pemakanan Jawa sudah difahami dan sudah dianggap sebahagian daripada perkataan Melayu dan kebanyakan penutur setempat tidak pernah mempersoalkan asal perkataan tersebut.Contohnya perkataan seperti lontong,rempeyek, gado-gado ,pecel, bergedel, tempe, soto dan sebagainya.Pemakanan  ini sudah tidak asing lagi malah dijadikan hidangn menu istimewa sewaktu menyambut hari raya dan acara –acara rasmi. Yang ketara hanya cita rasa turut berubah mengikut cita rasa melayu. Kuah pecel misalnya tidak dicampur kencur atau cekur dan masakan lodeh ( masak lemak ) tidak dibubuh daun salam.Untuk melihat dengan lebih lanjut perkataan Jawa yang mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu boleh dilihat seperti ditunjukkan di bawah:-
Perkataan yanag berkaitan dengan bau:-
Jawa
Melayu
Bacin
Busuk
Wangi
Harum
Amis
Hanyir
Jawa
Melayu
Asin
Masin
Jawa
Melayu
Bulet
Bulat
Lonjong
Bujur
Tipis
Nipis
Jawa
Melayu
Siji
Satu
Loro
Dua
Telu
Tiga
Papat
Empat
Limo
Lima
Nem
Enam

Pengaruh Bahasa Sanskrit
Bahasa Sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang Bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara abad ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan di dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai di:
  1. Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
  2. Talang Tuwo, Palembang (684 M)
  3. Kota Kapur, Pulau Bngka (686 M)
  4. Karang Brahi, Meringi, daerah hulu Jambi (686 M).
Selain itu sebagai faktor sampingan, faktor kemegahan juga faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa dari bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "tinggi-tinggi" pada zaman kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana.
Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:
Bahasa Sanskrit
Bahasa Melayu
dosa
dosa
dukkha
duka
deva
dewa
rupa
rupa
samsara
sengsara
[sunting]Pengaruh Bahasa Jawa


 Perkataan pinjaman dari bahasa serumpun di kepulauan Indonesia
Bahasa Melayu telah berkembang dan diguna sebagai “Lingua Franca” di
Dunia Melayu sejak masa lampau.Oleh yang demikian, kita boleh menemui
banyak perkataan bahasa serumpun di kepulauan Indonesia terutamanya
dari Jawa dan Sumatra.Kerana aliran masuk kata-kata dari bangsa-
bangsa serumpun di sana kerapkali dilakukan terhadap bahasa Melayu.
Khususnya berhubung dengan akibat bahawa ramai petani berimigrasi ke
Semenanjung Tanah Melayu dari Jawa dan Sumatra, perkataan dari bahasa
Jawa dan Minangkabau dapat dijumpai lebih banyak dari kata-kata
bahasa lain dari kawasan tersebut dalam bahasa Melayu. Kalau
dianalisa sifatnya,perkataan tersebut agaknya sudah menyerap sebagai
sebahagian unsur bahasa Melayu sekarang dan kebanyakannya ialah kata
yang bererti mengenai alam,pertanian,makanan,haiwan,nama keluarga
diraja,adat-istiadat dan sebagainya yang berdasarkan adat dan
kebudayaan daerah masing-masing di kepulauan Indonesia.
Dalam jumlah kata tersebut,bahasa-bahasa pertuturan di pulau Jawa
(bahasa Jawa, Jakarta Melayu dan Sunda) melebihi dari 50 peratus.
Berikutnya ialah bahasa-bahasa Sumatra(bahasa Minangkabau,Aceh,
Palembang dan Padang). Di samping itu perkataan dari bahasa Bali
terdapat dalam Kamus Dewan. Ia bermaksud adat-istiadat Bali yang unik
di Indonesia.
Contoh : Bahasa Jawa : alu, ani-ani, banjir, bengawan, kuno, lahar,
omong, perabot, ratu, sapi, tempe, wisma, warga, gotong, lontong
Bahasa Minangkabau : acak, alimbubu, bagar, bako, bancah, gerai,
kacang, kelumun, kila, limbubu, mumuk, pondik, rumbing, satir, toboh,
uda
Bahasa Jakarta : bandot, bisa, bancet, genit, gerontang, jamur,
jejaka, majikan, ngah, nini, pelan, rebon, tangar, urik, yuyu
Bahasa Sunda : akang, balong, dodol, jaat, kantih, molor, oncom,
peser, pincut, takol, tahapan, timburu
Bahasa Palembang : anggan, cengih, kekas, panjing, perepat, sandang,
welasan
Bahasa Aceh : bangta, rudus
Bahasa Bali : lebu, pedanda, senteng
Bahasa Padang : marah
Pengaruh Bahasa Jawa
Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:
  • Pengaruh melalui penyebaran cerita panji
  • Pengaruh melalui interaksi sosial dan ekonomi
Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja.
Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor dan negeri Johor.
Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kata-kata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orang-orang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar.
Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:
Perkataan
Maksudnya
Andong
Kereta kuda(sewaan)
Batok
tempurung
berangasan
mudah naik marah
wedana
ketua daerah
adipati
raja
Rujukan:-
http://books.google.com.my
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
http://bahasasmkbi.blogspot.com/2009/07/pengaruh-bahasa-sanskrit-dan-jawa.html
http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp3sep7.pdf

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment